Tuesday, February 3, 2015

Tahukah anda? || Kerusi boleh Membunuh Anda!



Kerusi? Semua orang pasti akan menggunakan kerusi setiap hari. Tidak kiralah untuk bekerja mahupun ketika berada di rumah.

Amalan gaya hidup sekarang menjadi semakin masalah dalam kalangan orang berkerjaya yang memerlukan anda untuk duduk sehingga 8-9 jam sehari. Sebenarnya, kerusi bukan masalah dalam hal ini. Masa yang anda luangkan untuk duduk itu dalam sehari mampu memberi kesan kepada kesihatan anda.

Meskipun anda seorang yang suka bersenam, jika anda selalu meluangkan masa untuk duduk dalam sehari, ia juga akan memberi kesan yang buruk. Perkara ini dibuat penyelidikan yang disiarkan di Annals of Internal Medicine oleh sepasukan saintis di Toronto Rehabilitation Institute.

Pasukan tersebut mengkaji gaya hidup yang tidak aktif dan membuat kesimpulan bahawa terdapat risiko yang membahayakan kesihatan yang berkait dengan seseorang yang duduk dalam jangka masa 8-9 jam sehari. Impak ini lebih lagi dapat dilihat apabila individu tersebut tidak selalu bersenam selalu. 

Kesan duduk dalam jangka masa yang lama ialah:
        
            - pertambahan 14% risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular
            - pertambahan 13% risiko untuk mendapat kanser
            - pertambahan 91% risiko untuk mendapat diabetes
            - pertambahan 40% risiko untuk lebih cepat pendek umur

Kesimpulannya, semakin lama anda duduk, semakin bertambah risiko di atas. Bersenam tidak dapat mengimbangi sepenuhnya risiko tersebut. Hal ini kerana duduk dalam jangka masa yang panjang boleh meningkatkan rintangan insulin bermaksud badan anda tidak dapat memproses gula dengan efisien untuk dibawa ke dalam sel. 

Duduk juga menyebabkan badan anda membakar kalori amat sedikit sahaja yang membawa kepada diabetes. 

Ingin tahu untuk mengetahui penyelesaian masalah ini? Nantikan pos selanjutnya.

No comments:

Post a Comment